Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.
Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Tanda dan gejala
- Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
- Kabur penglihatan.
- Penyakit kulit yang berterusan.
- Luka lambat sembuh.
- Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
- Kebas kaki.
- Tanda-tanda lain termasuk:
- Dahaga.
- Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
- Letih dan lesu.
- Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
- Kelemahan otot.
- Kegatalan tanpa ruam.
Faktor-faktor risiko Diabetis
- Berlebihan berat badan / kegemukan.
- Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
- Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
- Peningkatan umur.
- Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
Komplikasi-komplikasi Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.
Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).
- Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).
Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).
- Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
- Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
- Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
- Otak-angin ahmar (strok).
- Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
- Jantung- serangan jantung.
Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.
Rawatan ubatan
- Ubatan
- Ubat mengurangkan paras glukos
- Insulin
Makanan berasaskan herba yang mampu mengawal kencing manis
- Peria Katak
- Daun Pecah Beling
- Mahkota Dewa
- Ginseng
- Lidah Buaya
- Kayu Manis
- Halia
- Kacang Bendi
Comments
Post a Comment